Untuk Memiliki, Menghadiah & Mewaqafkan "AL-QUR'AN MUSHAF TAJWID W/ TERJEMAHAN MELAYU, CHINESE, ENGLISH @ TASBEEH KOKKA" temui Tok d TROLEY SANTAI BERGERAK! (1) " KHAMIS " 24 NOV 2016 Sesi Malam 9.00-10.00MLM SURAU NURUL SOLIHIN [SUBANG PERDANA] KG. MELAYU SUBANG, SELANGOR. Pertanyaan? SMS@WhatsApp 014 6338 925. Selain tempat ini, Tafsir@Al-Qur'an akan terus di "POSLAJU" ke Alamat Anda. *Info terkini : facebook.com/inspirasinuriman! Walkin H/O (1) *AL-BARAQAH ROOM [TELUK INTAN], PERAK @ H/O (2) *PONDOK DZIKRULLAH TOK [SUBANG PERDANA] SEL (by APPOINMENT Only!) : جزاك اللهُ خيراً , سبحان الله , الحمد لله , الله اكبر !

Saudara/i yang pernah memiliki Tafsir melalui http://inspirasinuriman.blogspot.com @ Promosi Bank, Otomatik Anda telah dilantik sebagai Wakil Kawasan! Sila LIKE & MSG [Saya Wakil BEHRANG?] di FB untuk INFO WAKIL TERKINI!

SAHABAT FACEBOOK @ Everybody Invited to Like Us Now to Join Monthly Sahabat FB Random Winner! Get The Latest Dakwah Info, Activities and Updates..!

 

"PERMATA KEKAYAAN DAN KEJAYAAN AMAL SOLEHKU YANG KEKAL ABADI"
Bersama-samalah kita bertekad, berazam, berusaha dan mengejar habis-habisan dengan bersungguh-sungguh merealisasikan segala bentuk Kejayaan Dunia & Akhirat sementara kita masih diberi peluang dan ruang oleh ALLAH SWT di atas muka bumi yang tersangat sementara ini! Di dunia ini sahajalah satu-satunya tempat dan medium untuk kita membuktikan keikhlasan sebenar sebagai seorang hamba yang tahu bersyukur kepada Tuhannya, serta hanya di sini jualah tempat untuk kita bercucuk tanam menyemai benih-benih Keuntungan dan Kejayaan Ukhrawi, malahan untuk Kejayaan Duniawi itu sendiri! Marilah sama-sama kita berbakti dan berlumba-lumba mengerjakan sebanyak-banyaknya Amal Soleh Kebaikan tanpa mengenal erti penat, jemu dan putus asa kerana hakikatnya itulah "Harta Kekayaan" kita yang sebenar-benarnya. Dari sekarang lagi sewajarnya kita sudah merasakan nikmat kekayaan Harta Amal Soleh ini yang memangkinkan kita untuk terus dan terus menerus gembira asyiknya menambah Amal Soleh lagi dan lagii secara istiqamah seperti semangat dan asyiknya orang kaya mengumpul Harta Dunia! Kita pula di samping harta kejayaan dunia, Harta Kekayaan Amal Soleh Akhirat yang tersangat mahal ini juga tidak sama sekali dilepaskan malahan inilah matlamat hidup yang kita tercari-cari selama ini yakni "KEKAYAAN KEREDHAAN ILLAHI! YA' ALLAH KEREDHAANMU LAH MENJADI MATLAMAT HIDUPKU", andailah ia terjelma kepada hakikatnya yang sebenar di dunia yang fana ini dalam bentuk Istana Emas, Logam Perak, Permata Intan Berlian, Kemewahan Syurgawi, Permata Yaqult dan Marjan? ALLAH Hu' AKBAR, namun apakan daya kita terhijab dari semua itu lantaran dosa-dosa, maksiat, keghairahan mengejar nikmat duniawi yang terpampang di hadapan mata serta lemahnya iman, taqwa dan keyakinan pada Janji-janji Rasul & Pencipta!!! Apa lagi sebenarnya yang boleh memotivasikan kita untuk merebut peluang ini jika bukan Iman & Taqwa? Tidak cukupkah lagi Ayat-ayat Suci Al-Qur'an Al-Kareem yang selalu kita baca sebagai pendorong diri? Masih tidak yakinkah lagi kita pada Janji-janji ALLAH SWT Yang Maha Benar untuk memberikan semua nikmat yang hebat ini, lantaran kita masih juga lalai, alfa dan kebingungan seolah-olah seperti tiada apa-apa sehinggakan kita menjalani hidup biasa-biasa saja tidak terasa langsung keistimewaaan sebagai Hamba dan Khalifah ALLAH SWT yang luarbiasa, tidak nampak pun kesungguhan merebut peluang harta beramal soleh ini! Mengapa boleh jadi begini, kalau bertaburan duit wang ringgit berjuta-juta di tepi jalan haaaa.. Akulah orang pertama tergolek-golek yang merebutnya namun bila Harta Amal Soleh berbentuk Pahala, Emas, Perak, Berlian, Permata Yaqult Marjan, Bidadari, Istana, Salsabil dan segala macam lagi Kemewahan Nikmat-nikmat Syurga yang tersergam bebas di depan di belakang di sisi kanan kiri atas bawah, hanya di pandang enteng sebelah mata! Apa sebenarnya yang telah berlaku kepada kita sekarang ini? Adakah kita telah tertipu, terpersona, terpedaya atau adakah kita mengalami masalah kecelaruan membezakan yang mana satu kaca yang mana pula intan berlian, lebih parah lagi ini melibatkan keputusan genting yang kritikal bagi seseorang manusia memilih bekalan hayat meneruskan kesinambungan kehidupan yang kekal abadi selama-lamanya! Adakah setelah semua Harta Amal Soleh ini dipertontonkan kepada kita di Akhirat kelak barulah terhegeh-hegeh terkejar-kejar terangkak-rangkak terlompat-lompat kita nak percaya? Dimanakah keikhlasan kita sebagai seorang hamba? Apa guna lagi di saat nasi sudah menjadi bubur maka janganlah disia-siakan walau sesaat pun anugerah kelapangan masa, kesihatan dan tubuh badan jasmani rohani, udara segar dan alam nan indah terbentang, roh dan tenaga kekuatan, ilham, akal fikiran, kebijaksanaan dan impian hidup, isteri, anak-anak, ibubapa, keluarga dan keturunan, kemudahan dan infrastruktur serta segala macam lagi nikmat-nikmat yang tidak mampu di hitung oleh kita semua, ALLAH HU' AKBAR! (3X,  SYUKUR YA' ALLAH ! Motivasi, Yakinkan & Sedarkan aku tiap-tiap hari setiap saat dan waktu untuk berjaya YA' ALLAH! Ayuhhh, Gempur dan Kumpul Sebanyak-banyakkk "HARTA-HARTA KEKAYAAN KEJAYAAN AMAL SOLEHKU YANG SETIA NAN ABADI SELAMA-LAMANYA", Ameeeeeeeeeeeeeen! Alhamdullillah Kayanya Akuuu syukurrrrr...



Daripada Ummu Salamah R.AH, Isteri Nabi SAW, katanya (di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah Wanita di dunia lebih baik atau Bidadari?” “Wanita di dunia lebih baik daripada Bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Baginda menjawab, Aku berkata lagi, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada ALLAH, ALLAH akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)”  (Riwayat Ath-Tabrani)
Suatu hari seorang Sahabat Nabi SAW, Miqdad Ibnu Al-Aswad RA berjumpa dengan Abu Hurairah RA, lalu beliau mengkhabarkan kepada Miqdad RA: “Aku memdengar Rasulullah SAW memberitahu kepadaku, sesiapa yang berfikir satu saat maka itu terlebih baik daripada beribadat setahun.”  Miqdad RA berlalu dan berjumpa pula dengan Ibnu Abbas RA, lalu dikhabarkan kepada Miqdad RA: "Aku mendengar bahawa Rasulullah SAW memberitahu kepadaku, barang siapa yang berfikir satu saat maka ia terlebih baik daripada beribadat tujuh puluh tahun.”  Miqdad RA keliru dengan perkhabaran dua Sahabat tadi, kerana apa yang disampaikan oleh kedua-duanya berbeza. Lantas beliau sendiri mengadukan hal ini kepada Baginda Nabi SAW. Baginda SAW mengarahkan supaya memanggil Abu Hurairah RA dan Ibnu Abbas RA berjumpa dengannya, Baginda SAW bertanya kepada Abu Hurairah RA: "Bagaimana cara engkau berfikir?" Jawab Abu Hurairah RA: "Aku memikirkan tentang tujuh petala langit dan bumi (mendatangkan rasa keagungan kepada ALLAH SWT dalam diri)" . Maka jawab Baginda SAW: "Benar, engkau mendapat berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat setahun."  Sabdanya lagi, "Telah turun Al-Qur'an kepadaku, rugilah bagi mereka yang membaca Al-Qur'an tapi tidak memikirkannya." Lalu Baginda SAW bertanya pula kepada Ibnu Abbas RA tentang apa yang difikirkannya. Jawab Ibnu Abbas RA: "Aku memikirkan tentang kematian dan huru-haranya saat itu." Lalu Baginda SAW menjawab, "Benar, berfikir begitu maka engkau mendapat kelebihan sesaat berfikir maka terlebih baik daripada beribadat 70 tahun."
Maksud Hadith Nabi Muhammad SAW: “Orang yang bertaubat itu adalah Kekasih ALLAH SWT. Orang yang bertaubat daripada sesuatu dosa bagaikan orang yang tiada mempunyai dosa lagi”  (Riwayat Ibnu Majah)
Maksud Firman ALLAH SWT: “Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Qur'an tentang sah batalnya), maka KAMI akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikit pun padanya. Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari Akhirat kelak selain daripada azab Neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batallah apa yang mereka telah kerjakan.”  (QS Hud, 11 : 15-16)

RECITE, LEARN AND PRACTICE AL QUR'AN & AL-HADITH EVERYDAY! EVERYWHERE! YA' ALLAH GRANTED US JANNATUL FIRDAUS, AMEEEN.
" AL-QUR'AN NUR KAREEM KITAB SUCI KALAM TUHAN, SAHABAT TERBAIK KITA DI DUNIA & DI AKHIRAT "