Untuk Memiliki, Menghadiah & Mewaqafkan "AL-QUR'AN MUSHAF TAJWID W/ TERJEMAHAN MELAYU, CHINESE, ENGLISH @ TASBEEH KOKKA" temui Tok d TROLEY SANTAI BERGERAK! (1) " KHAMIS " 24 NOV 2016 Sesi Malam 9.00-10.00MLM SURAU NURUL SOLIHIN [SUBANG PERDANA] KG. MELAYU SUBANG, SELANGOR. Pertanyaan? SMS@WhatsApp 014 6338 925. Selain tempat ini, Tafsir@Al-Qur'an akan terus di "POSLAJU" ke Alamat Anda. *Info terkini : facebook.com/inspirasinuriman! Walkin H/O (1) *AL-BARAQAH ROOM [TELUK INTAN], PERAK @ H/O (2) *PONDOK DZIKRULLAH TOK [SUBANG PERDANA] SEL (by APPOINMENT Only!) : جزاك اللهُ خيراً , سبحان الله , الحمد لله , الله اكبر !

SEBARKANLAH SALAM SESAMA KITA! SAMADA SESIAPA YANG KITA KENAL ATAU TIDAK "ASSALAMMUALAIKUM WARRAHMATULLAH HI WABARAKATUH"


Anda mencari 
HOMESTAY di sekitar Semerah Batu Pahat? Rumah Tumpangan Kangkar Pulai @ Skudai Johor Bahru? Chemor Perak? Petaling Jaya? Sila hubungi dan click pemilik link ini.

Ingin menunaikan HAJI & UMRAH tapi tak cukup wang ? atau berminat menjadi MUTAWWIF ?
HUBUNGI : 012-214 0831 NOR AZAM HJ. ISMAIL (PAKAR KONSULTAN AMTC)


Farmasi Ideal (Sebelah MyMydin Kg. Jawa Klang) : 10, Jalan Nagasari E36/E 40470 Shah Alam, Malaysia.
Tel : 03-5166 5866

Welcome to HiGOAT Cafe Busana@Menara MARA
Tingkat 3 Busana@Menara MARA Jalan Tunku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur,
HiGOAT Kiosk SOGO KL Shopping Complex and
HiGOAT Kiosk PUDU SENTRAL Northern Express Bus Terminal!

"Khasiat & Kelebihan Susu Kambing Sebenar"


***PENGUMUMAN (PROGRAM WAKAF) : 


ADALAH SANGAT DIGALAKKAN AGAR TUAN PUAN SENDIRI YANG TERUS MENYAMPAIKAN TAFSIR AL-QUR'AN PER KATA WAKAF KEPADA PIHAK BERKENAAN. PIHAK INSPIRASI NUR IMANI TAFSIR AL-QUR'AN PER KATA HANYA MEMBEKALKAN TAFSIR PER KATA WAKAF YANG TELAH DI COP WAKAF IKHLAS UNTUK TUAN PUAN SENDIRI SERAHKAN. ANTARA CADANGAN TEMPAT-TEMPAT TAFSIR AL-QUR'AN PER KATA YANG PERLU DI WAKAF ADALAH KEPADA SEPERTI BERIKUT ;

           1) MAA'HAD TAHFIZ AL-QUR'AN YANG BETUL-BETUL MEMERLUKAN
           2) TAFSIR AL-QUR'AN PER KATA BAGI SETIAP MASJID & SURAU KARIAH
                BERDEKATAN RUMAH ANDA!
           3) 
TAFSIR AL-QUR'AN PER KATA BAGI SETIAP SK / SMK / SRA YANG PERLU
           4) TAFSIR AL-QUR'AN PER KATA BAGI ASNAF YANG MEMERLUKAN
                TERUTAMANYA UNTUK SAUDARA-SAUDARA BARU @ NON-MUSLIM YANG
                BERMINAT MENGETAHUI TENTANG ISLAM, ORANG-ORANG MISKIN
                KURANG KEMAMPUAN!

Alhamdulillah, pada bulan SEPTEMBER & NOVEMBER 2012 yang lepas sebanyak 88 naskah Tafsir-Al-Qur'an-Per-Kata pelbagai jenis telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan para pewakaf yang dermawan. Di antara tafsir-tafsir tersebut adalah Tafsir Per Kata Maghfirah, Tafsir Per Kata Al-Hidayah, Syaamil Al-Qur'an : Miracle The Reference 22-In-1 dan Tafsir Per Kata Mushaf Tajwid Darul Fikir. Kira-kira 28 naskah Tafsir-Al-Qur'an-Per-Kata ini telah di hantar ke Masjid-masjid & Surau provinsi Kampot dan Koh Kong, Kemboja bersempena Hari Raya Qurban 2012, manakala kira-kira sebanyak 60 naskah lagi telah di hantar ke Maa'had Tahfiz Qiraatil Qur'an Wafar Diin, Daerah Patani, Selatan Thailand. Misi penghantaran ekspedisi Kemboja telah dijalankan oleh saudara Muhamad Faris dan rakan-rakan seperjuangannya sementara penghantaran ke Patani telah diketuai oleh Abang Sham. Seandainya ada di kalangan Tuan/Puan yang ingin menjalankan ibadah Qurban di Kemboja pada tahun-tahun mendatang sila hubungi facebook saudara Muhamad Faris melalui link yang tertera.
 Terima kasih kepada semua para pewakaf! Semoga ALLAH SWT menerima amalan kita semua sebagai amal jariah yang ikhlas lagi diredhaiNYA untuk kebaikan kita bersama, ameeen.
Saudara Muhamad Faris di hadapan Masjid Ibrahim Al-Khalil : Kemboja jika menurut sejarah pernah terbina Kerajaan Melayu Kesultanan Champa, namun kini masyarakat Melayu di sana hanya minoriti kecil penduduk Kemboja agak terpinggir dan miskin. Macam mana nak naikkan balik taraf hidup & integriti kaum Melayu di sana??? Ada idea?? Setakat ni masyarakat Melayu Malaysia hanya mampu menghulurkan bantuan dari segi sumbangan kewangan zakat, derma jariah, ibadah qurban juga banyak dibuat di sini serta bantuan asas kemanusiaan : bahan makanan, khidmat perubatan, pakaian untuk tujuan kemasyarakatan dll.
Misi Waqaf & Qurban 2012 : Alhamdulillah 28 Naskah Tafsir Al-Qur'an Per Kata



Kolam Wudhuk : Air Paya Bersebelahan Masjid ma-sya'ALLAH mesti lagi berkat dan berkhasiat, must try!
Adakah di Malaysia masih menggunakan sumber air wudhuk tradisional begini???
Mungkin ada tapi setakat ni saya tak jumpa lagi mana-mana masjid dan surau kita yang sebegini, semuanya menggunakan air paip atau kolah wudhuk buatan yang bersumber utama air paip namun terdedah kepada air hujan...


Ala-Teksi di Kemboja : Pengalaman Tuan Faris menaiki teksi motorsikal, selalunya kenderaan ini banyak terdapat di negara Indo-China, India, Bangladesh, Pakistan dan juga negara-negara dunia ketiga. Mungkin Malaysia ade juga suatu ketika dulu, maybe dalam zaman 60an kot? In-sya'ALLAH doakan ana boleh bersama-sama join tahun 2015 nanti, ameeeen...

Gotong Royong Melapah dan Mengagih Daging Qurban : Hubungi Ketua Misi ke Kemboja saudara Muhamad Faris sekiranya Tuan/Puan berhajat ingin melaksanakan ibadah Qurban di sana!
Perkampungan di Kemboja : Seandainya kita rase hidup sekarang ini susah penuh masalah, cuba-cuba renung tinjaukan hidup orang lain yang 10X, 100X ganda atau 1000X ganda terlebih susah dari kita, lihatlah rumah mereka blakang tuh.. inipun masih kira oke lagi kalau di Bangladesh sana lagi miskin papa kedana sampaikan ranting-ranting pokok yang jatuh pun laku dijual di pasar-pasar tepi jalan sebagai hasil menampung hidup mereka ma-sya'ALLAH, jika nak tahu erti hidup senang dan susah kena banyak-banyak merantau ke negeri orang yang lebih susah dari kita, in-sya'ALLAH sifat tahu berterima kasih dan tahu bersyukur kepada ALLAH SWT akan hadir dalam hidup ini..
Disamping Wakaf Tafsir Al-Qur'an Per Kata untuk Misi Ibadah Korban Kemboja dan Ma'ahad Tahfiz Pattani, sumbangan para pewakaf turut disalurkan kepada Masjid, Surau dan Muallaf tertentu dalam negara. Pada masa akan datang sumbangan wakaf ini insya'ALLAH akan diperluaskan kepada Ma'ahad Tahfiz tanahair yang patut diberikan sumbangan wakaf, ameeen. 

LAIN-LAIN JENIS WAQAF YANG DI ALU-ALUKAN
Kepada Tuan / Puan yang berhasrat untuk mewakafkan pelbagai jenis barangan yang baru atau terpakai sila hantarkan barangan tersebut secara terus kepada;

INDEX   NAMA TEMPAT                                                       KEPERLUAN


1.Surau Nurul Solihin (depan Pangsapuri Dahlia), Taman Subang Perdana : DRY / WET Vacuum Cleaner dan Dana Pengurusan Surau! Tuan/Puan yang ingin menghulurkan bantuan bagi menambah dana surau sila masukkan sumbangan tersebut di dalam tabung surau berdekatan bahagian dapur.
2.Surau Al-Husna, Jln. Landak Seksyen 20 
Shah Alam : Tin, Plastik & Kertas Recycle : Letakkan di ruangan Kitar Semula tepi surau berdekatan bahagian wudhuk!
3.Masjid Al-Huda (berhampiran Stesen KTM Shah Alam & Integrated Islamic Shool), Seksyen 19 Shah Alam  ( Wakaf Penambahan Ruang Solat : Sila jumpa terus dengan Tuan Pengerusi @ Masukkan dana tersebut di Tabung Waqaf Masjid)                                                                                    
4.Surau Terminal Bas Medan Gopeng, Ipoh : Tuan/Puan yang kelapangan masa sila wakafkan diri anda untuk menceria dan membersihkan surau untuk kemudahan kita bersama, Insya'ALLAH! Wakaf Frame kalimah "ALLAH", "Ayat Suci Al-Qur'an" dan Poster Dakwah sangat dialu-alukan.
5.
Surau Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Star : Tuan/Puan di sekitar Alor Star yang kelapangan masa sila wakafkan diri anda untuk menceria dan membersihkan surau untuk kemudahan kita bersama, Insya'ALLAH!
6.Masjid Taman Subang Perdana, Selangor : Wakaf Pembangunan Bilik Darjah KAFA INTEGRASI. Tuan/Puan dipohon membantu menghulurkan sumbangan wakaf dan derma jariah bagi pembangunan kelas bilik darjah KAFA di masjid ini. Berdasarkan taklimat imam masjid pada hari Jumaat 8/2/2013 setakat ini dana yang berjaya dikumpul baru di bawah paras RM50,000.00 sedangkan kos pembangunan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM150,000.00. Sumbangan segera tuan/puan semua amatlah dihargai. TQ, wassalam.
7.
8.
9.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH ISLAM DI SERATA DUNIA ; 


MASJID-MASJID, MADRASAH & SURAU DI SELURUH DUNIA 




Segala artikel, gambar dan huraian di dalam halaman ini boleh di ambil, copy-paste atau dikongsikan dengan seramai-ramai mungkin manusia di atas muka bumi ini. Semoga ALLAH SWT mengambilkira usaha yang sekadar termampu ini sebagai amal soleh pemberat neraca timbangan mizan kita semua dalam membantu Baginda Rasulullah, Nabi Muhammad SAW mengembangkan dakwah Islam ke serata pelusok dunia, ameeen.

RECITE, LEARN AND PRACTICE AL QUR'AN AL KAREEM EVERYDAY! EVERYTIME!
" AL-QUR'AN NUR KAREEM KITAB SUCI KALAM TUHAN, SAHABAT TERBAIK KITA DI DUNIA & DI AKHIRAT "